PENGENALAN..
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kekuatan untuk saya membuka slot blog ini untuk berkongsi bersama tentang ICT, tentang software yang berguna khususnya "Freeware" ataupun perisian yang percuma tanpa perlu apa-apa bayaran yang berguna untuk komputer kita. InsyaAlllah dalam blog ini juga, saya cuba untuk memberi tutorial tentang langkah tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami. Langkah demi langkah agar dakwah maya ini sentiasa hangat diisi dengan peringatan dan nasihat untuk taqarrub kita kepada Yang Maha Esa. Di laman ini juga, insyaAllah saya cuba ingin berkongsi apa jua ilmu yang saya pelajari supaya dapat disebarkan kepada semua. InsyaAllah, dengan adanya laman seperti ini dapat meningkatkan kemahiran kita dalam bidang ICT sekaligus dapat bertukar-tukar maklumat dan fikiran berkaitan dengan teknologi ICT ini. Dunia globalisasi ini mengajar kita untuk lebih kompetitif dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan serangan pemikiran dan dunia maya seperti blog ini adalah satu senjata ampuh yang harus dikuasai oleh umat Islam untuk menepis serangan pemikiran yang memesong dari jalan kebenaran. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ilmiah ini.kongsilah ilmu selagi dapat dipelajari dan dikuasai agar ilmu tersebut dapat disebarkan dan diamalkan bersama..terima kasih...
Illaliqa' ma'as salamah.
PEMBELAJARAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan
Komputer merupakan satu alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Komputer didapati sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran pembelajaran kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data. Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi boleh memudahkan pengajaran pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan khususnya sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina bahan berbantukan komputer bagi guru pelatih dan guru dalam perkhidmatan. Oleh itu, satu program pendidikan komputer bagi guru pelatih bukan sahaja merupakan pembelajaran mengenai komputer tetapi juga pembelajaran berbantukan komputer.
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Hilary Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Beliau menekan tentang kepentingan seseorang guru itu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.
Diana Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.
Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan
Peranan Guru Dalam Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan
Menurut Woodrow (1992), kejayaan dalam apa jua inovasi pendidikan atau program teknologi pendidikan banyak bergantung kepada sokongan dan sikap guru. Menurut Sufean (1991), sikap yang positif lahir daripada keinginan dan motivasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Keberkesanan penggunaan teknologi moden banyak bergantung kepada guru yang rela menukar dan mencuba kaedah pengajaran yang baru dan moden (German, 1997).
Dupagne dan Krendl (1992), semasa membuat ulasan karya tentang sikap guru terhadap komputer, mendapati bahawa pengalaman menggunakan komputer dapat memupuk sikap positif terhadap teknologi komputer. Guru memerlukan masa dan kefahaman tentang bagaimana teknologi dapat menolong mereka (Chin dan Hortin, 1996). Mengikut Gan (1991), guru hanya akan menggunakan komputer bila sudah biasa dan berasa selesa dengan penggunaannya.
########################################################################################
ANTARA PEMBELAJARAN YANG TELAH SAYA PELAJARI ADALAH....
MEMBUKA AKAUN FACEBOOK
*Laman sosial facebook merupakan rangkaian yang banyak memberi manfaat kepada semua jika digunakan pada landasan yang betul.
*Kepada sesiapa yang belum membuka akaun facebook sila ikut cara dibawah
1)Sila klik link berikut
www.facebook.com
2)klik sig up
3)Isi maklumat diri
**************************************************************
TEKNIK MEMBUAT SIGNITURE:
1)Sila buka alamat email yahoo anda..
www.yahoo.com
2)Klik option-then klik more option..
3)Klik link signiture..
4)isikan maklumat diri anda
Contoh maklumat tentang diri saya:
*NAFIAH BT TAHIR
A131173
K7A103,KOLEJ UNGKU OMAR,UKM BANGI SELANGOR
FAK:PNDDKN(SUKAN & REKREASI)
2010/2011
0176325668
900714016404
Email:annegurlz_90@yahoo.com
Blog:www.nafiah90.blogspot.com
Facebook:http://www.facebook.com/nafiahtahir90
Group email address:A131173fiah@yahoogroups.com
Group home page:http://groups.yahoo.com/group/A131173fiah
***********************************************************************
JOINT YAHOOGROUP:
Jika anda belum joint yahoogroup ge1155 sila ikut cara dibawah:
- klik
- http://groups.yahoo.com/group/ge1155khmis10
- then klik "members"
- klik joint this group
*Jika anda Joint Yahoogroup ini boleh memudahkan anda mengemaskini fail tugasan yang telah diberikan.
*Maklumat tugasan yang disimpan dalam file yahoogroup akan diperiksa oleh pensyarah.
************************************************************************
MEMBUKA AKAUN BLOG:
*Membuka akaun blog adalah bertujuan memuat turun data-data maklumat yang telah dipelajari semasa kuliah supaya dapat dipelajari oleh semua pelajar.
*Sesiapa yang belum membuka akaun blog, ikutilah cara-cara dibawah.
1)Buka akaun blogger
www.blogger.com.my
2)Then klik "crete your acount".
3)Isi maklumat yang berkaitan.
************************************************************************
MENUKAR USERNAME:
*Penggunaan username yang tidak bersesuaian.
*Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ,ikutilah langkah tersebut:
1)Sila buka alamat facebook anda.
www.facebook.com
2)Then, klik akaun dipenjuru sebelah kanan..
3)klik tetapan akaun..
4)klik ubah..
5)Tukar username yang bersesuaian..
*username yang bersesuaian telah menepati etika sebagai pendidik..:)
************************************************************************
MENGISI MAKLUMAT KEDALAM DATABASE YAHOO GROUP
*Pastikan anda sudah menjadi ahli group dalam GGGE1155
*Jika belum mendaftar klik link yang berikut:
- http://groups.yahoo.com/group/ge1155khamis10/
- klik group ge1155,
- Kemudian klik database
- Selapas itu klik "maklumat pelajar S1K3 dan S1K4"
- Lihat di bahagian penjuru kanan bawah dan klik add record
- Isi kesemua bahagian yang berkenaan.
**************************************************************************
TUKAR GROUP INDIVIDU KEPADA RESTRICTED
*Peukaran group individu kepada restricted adalah bertujuan group anda tidak diceroboh oleh orang lain
*Cara-cara nya adalah:
1)Buka laman web yahoo group:
www.yahoogroup.com
2)klik managment
3)klik group setting
Membership Type and msge(edit)
4)membership Type Restricted
(yuo approve all requests for membership
5)then, klik save change...
**************************************************************
MENCIPTA BROSUR
*Brosur adalah satu risalah yang direka bentuk untuk tujuan sesuatu majlis yang formal dan tidak formal
*Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan.
*Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat.
*Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut.
*Jika ingin mengetahui cara mencipta brosur sila ikut teknik di bawah:
1)Di muka hadapan pc anda klik start
2)Then klik all pogram.
3)Klik microsof office publisher
4)Pilih reka bentuk yang bersesuaian dengan majlis
5)Hias brosur mengikut kreativiti anda.
*****************************************************************
TEKNIK MENCIPTA BUKU POGRAM
Cara mencipta buku pogram
1)Sila buka microsoft word 2007
2)klik page layout
3)Then klik margins
4)Costume margin
5)Di multiples page pilih book fold
6)reka buku pogram mengikut kreativiti anda.
***********************************************************************
MICROSOFT OFFICE ECCESS 2007
*Caranya adalah:
1)Buka miscosoft offise eccess
2)klik blank database
3)Database merupakan kumpulan borang kegunaan murid di sekolah;
*Latar belakang peribadi murid.
* Kokorikulum dalam sekolah.
* Markah peperiksaan
(UPSR,PMR,SPM)
CARA MEMBUAT DATABASE.
*Klik IKON blank database.
*Tulis tajuk yang berkaitan maklumat pelajar
*Then klik create
*Masukkan maklumat peribadi murid.
*Setelah selesai membuat tajuk sila klik table dan selesaikan makluamat sepenuhnya.
*Selepas itu klink datasheet dan klik reletionships
*Membuat rantaian hubungan antara table ke table.
MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007
Tujuannya adalah untuk merekod pemarkahan
Caranya adalah:
*
SELAMAT MENEROKA & SELAMAT MENCUBA!!
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran
Bliss (1986) mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran berbantukan komputer di kalangan guru. Antara isu yang penting ialah perubahan peranan guru. Melalui kajiannya, terdapat guru yang mempunyai sikap bimbang dan tidak yakin terhadap diri sendiri untuk menguasai teknologi baru.
Dalam aspek keyakinan dan keselesaan menggunakan teknologi komputer, Heywod dan Norman (1988) serta Blease dan Cohen (1990) mempunyai dapatan yang sama. Menurut dapatan mereka, apa yang dititikberatkan oleh guru adalah keyakinan dan keselesaan dalam menggunakan komputer. Somekh (1989) juga mempunyai dapatan yang hampir sama. Somekh mendapati bahawa pengalaman guru yang negatif atau tidak berkesan semasa mencuba menggunakan komputer akan mendorong guru untuk menolak inovasi komputer.
Rhodes dan Cox (1990) mendapati peningkatan beban kerja telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Di samping itu, kekurangan perisian yang berkualiti juga menyebabkan guru menganggap bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran tidak berkesan. Berdasarkan dapatan kajian, persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran pembelajaran adalah penting untuk menentukan kajayaan atau kegagalan penggunaan komputer dalam alam pendidikan.